Pages

Sunday 19 June 2011

......perkongsian bermakna......

assalamualaikum wbt kwnku sekalian......

ape kabo sume.....lame nye xupdate my blog ni......sori la...aku bz sket bru2 ni......byk keje sket....so nk update blog pon kne tgu mase yg free.....kwn2,27/5-11/6 bru2 ni sy bru pegi mgerjakan umrah di tnh yg mulia...bnd yg plg bermakna dlm hdup aku...xkn dilupekn smpi bile2...n aku berharap sgt aku dpt memijak lg di tnh yg mulia 2......

kwn2,aku pegi under YHA travel......kt jln ampang opis die....n dibimbing oleh ustaz razak yg sgt berpengetahuan di sane.......bermacam2 crite yg dikongikn oleh ustaz 2.....ustaz 2 berasal dr indonesia...ade je jenaka yg dibuat oleh beliau....xkering gusi klw dok ngan die......

kwn2,,kt sni aku nk kongsi pgetahuan yg aku dpt ngan kwn2 sume ye.......



Kaabah.
Ustaz bgtahu kenapa Kaabah diletakkan di tempat paling rendah.Sepatutnya ia yang mulia diletakkan di tempat yang tinggi.Kenapa bukan di atas bukit atau dimana-mana yang tinggi.

Maksud tersiratnya agar kita memahami bahwa semakin mulianya seseorang itu semakin rendah hatinya.Maka jika ingin menjadi orang yang mulia,rendahkanlah hati sentiasa,rendahkan diri,jangan takbur,jangan sombong.Kerana semulia-mulia insan itu adalah orang yang bertakwa.Allahuakbar.


Bumbung dari dalam M.Nabawi-Masjid yang didalamnya Maqam RAsululullah,Saidina Abu Bakar as-Sidiq dan Saidina Umar al-Khatab

Ustaz cerita bagaimana akhirnya bukan Saidatina Aisyah yang dimakamkan sebelah Rasululullah tetapi kedua-dua sahabatNya:

Ketika Saidina Abu Bakar hampir wafat,beliau memberitahu anaknya yang bernama Abdul Rahman bahawa beliau tidak mahu meninggal selagi tidak dapat berjumpa dengan Aisyah.Beliau ingin bertanya pada Aisyah meminta izin untuk ditanam sebelah Rasululullah.Ketika Aisyah ditanya tentang hal itu,Aisyah berkata,"Wahai Tuhanku aku sudah berazam untuk ditanam si sebelah Rasululullah tetapi kerana aku menghormati orang yang paling dicintai Rasulullah maka aku redha Ya Allah". Maka Abu Bakar wafat dan ditanam di sebelah Rasulullah.

Bagi Saidina Umar pula,Saidina Umar juga menyuruh anaknya Abdullah bin Umar,anaknya untuk berjumpa dengan Aisyah untuk mengizinkan ditanam di sebelah Rasulullah. Kerana Aisyah itu wanita yang sangat mulia,Aisyah juga redha untuk mengizinkan Saidina Umar ditanam dekat dengan Rasululullah.

Subhanallah.Semoga kita mampu mencontohi peribadi mulia Saidatina Aisyah r.a



Ustaz bgtahu tanah bangunan hotel ini milik Saidina Abu Bakar as-Sidiq.Satu ketika dahulu diadakan perjanjian antara kerajaan dengan keluarga Abu Bakar untuk didirikan masjid.Tetapi didirikan hotel.Maka marahlah keluarga Abu Bakar kerana lain yang dipersetujui lain yang dibina.Tetapi ia tidak berpihak kepada keluarga Saidina Abu Bakar.

Bagusnya,di kalangan keluarga ini ada seorang yang lantang bersuara berkata kepada Hakim yang menghakimi kes tersebut,"jika Saidina Abu Bakar masih hidup pasti dia juga akan marah dengan kamu"..Maka menggeletar lah hakim tersebut membayangkan jika benar-benar ia berlaku.Kata Ustaz,yalah,manakan tidak...siapa yang tidak takut..Abu Bakar itu sahabat Nabi...yang paling dekat dengan Nabi.kan takut kan kalau beliau benar-benar datang bertemu Hakim itu.

Maka setelah di adakan perbincangan dan perdamaian maka dibenarkan juga didirikan hotel tetapi di tingkat atas yang ada cermin 4 tu yang paling kiri itu adalah masjid.Berimamkan imam Masjidil Haram.Ustaz kata kalau tak sempat masuk solat di Masjidil Haram boleh naik sembahyang di situ.

tanah bangunan ini milik Saidatina Khadijah al-Kubra.segala bayaran diwakafkan untuk Masjidil Haram sehingga 2050.Ustaz kata sebab tu anda ada lihat ada tabung masjidkah di dalam MAsjidil HAram? jawapnnya tidak :)


tiang Rasul-Rasululullah suka duduk di sini

Tiang Jibril-Malaikat Jibril akan duduk di sini mendengar Bilal bin Rabah mengalunkan azan.

tiang mikail

Ustaz kata tempat Rasululullah di bawa Isra' Mikraj..tiang yang berhampiran dengan kuncupan bunga ini adalah tiang tempat Buraq diikat.

tiang taubat....wat la solat taubat disini....lbey baik...

Bab-al Fatah- Pintu penaklukan kota Mekah.
Ustaz bagitahu ketika ini turun Surah an-Nasr dan al-Fatah,ribuan malaikat mengiringinya..Ustaz kata juga bukan semua surah yang turun diiringi Malaikat..antara surah lain adalah Surah al Kahfi,al-Mulk dan Surah Yasin

Antara tempat mustajab berdoa.Ustaz kata,solat hajat di sini,berdoa dibukakan segala pintu ; pintu takwa,pintu rezeki,pintu keampunan,pintu-pintu hati yang degil,pintu ilmu dan segala pintu yang baik untuk kita.

Tiang Jin-tempat para jin yang sebelum ini beriman dengan ajaran Taurat Nabi Musa menyatakan syahadah mereka kepada ajaran Nabi Muhammad dan al-Quran.Ustaz kata jangan takut takde jin kat sini.. ;)

Babus Salam-pintu di mana Nabi SAW selalu gunakan untuk memasuki Masjidil Haram daripada rumah isteri baginda Siti Khadijah yang terletak berhampiran dengan kawasan saie..disini ade 2 pintu dimana nabi masuk pintu pada waktu siang n mlm berlainan pintu....pasti de hikmah sume yg nabi lakukn...allahuakbar.

7 Jun 2011-mula mendaki Jabal Nur
Jabal yang bercahaya seperti namanya..kuasa Tuhan tak payah bawak torchlight pun..n lagi satu kalo nak amik gmba spnjg mendaki mmg tak nampak pun...bukan sebab setting camera tapi seolah2 tidak diizinkanNya..Waallahualam..

pintu masuk Gua Hira'-wahyu pertama diturunkan di sini..

Lembah Magnet-Kuasa Tuhan,di sini kenderaan boleh bergerak tanpa enjin dihidupkan.Ustaz kata sampai sekarang kerajaan Arab Saudi masih tiada kajian bagaimana ini boleh berlaku.

Ustaz nak kita semua menghayati perjuangan Rasulullah dan para sahabat..rasa bagaimana solat di tengah padang pasir..Ustaz yang sangat bagus...aktiviti yang jarang ada dalam kebanyakan aturcara ziarah..kat sini kita solat Dhuha sebab kebetulan waktu dhuha..

Jabal Uhud
Bukit yang akan diangkat ke syurga..Jika hari ini kita melihatnya,insyaAllah di syurga kita akan melihatnya lagi,

Jabal Uhud..Ustaz bgtahu di sini tempat syuhada Perang Uhud (saya lupa bilangannya) dikebumikan.Satu ketika banjir besar berlaku,jenazah mereka terkeluar dari bumi...Kuasa Tuhan,tidak ada apa2 yang berlaku,jenazah masih baik,kuku dan rambut panjang,pipi masih panas walaupun sudah ribuan tahun bersemadi.Kemudian semuanya dipindahkan ke Perkuburan Baqi' di Madinah.
Subhanallah.


kwn2, nie saje yg aku dpt share ngan korg.....hrp2 dgn info ni dpt memberi manfaat pd korg sume.....aku hrp korg dpt hayati sume gmbr ni k......ini adalah perkongsiaan yg sgt bermakna...=D
assalamualaikum..

5 comments: